Tuesday, November 30, 2010
Monday, November 29, 2010
Anak rusa nani
Baru kembang ekor
Apa dosa kami
Lalu tidak tegur
Baru kembang ekor
Apa dosa kami
Lalu tidak tegur
Buai laju-laju
Sampai puncak sana
Apa dalam baju?
Sekuntum bunga Cina
Sampai puncak sana
Apa dalam baju?
Sekuntum bunga Cina
Timang tinggi-tinggi
Sampai cucur atap
Belum tumbuh gigi
Pandai baca kitab
Sampai cucur atap
Belum tumbuh gigi
Pandai baca kitab
Ayam kedek-kedek
Beri makan padi
Abang sayang adik
Mesti ajar mengaji
Abang sayang adik
Mesti ajar mengaji
Burung kenek-kenek
Hinggap bawah batang
Apa pesan nenek
Cepat-cepat pulang
Hinggap bawah batang
Apa pesan nenek
Cepat-cepat pulang
Pok amai-amai
Belalang kupu-kupu
Bertepuk adik pandai
Malam nanti upah susu
Belalang kupu-kupu
Bertepuk adik pandai
Malam nanti upah susu
Susu lemak manis
Santan kelapa muda
Adik jangan menangis
Emak banyak kerja
Santan kelapa muda
Adik jangan menangis
Emak banyak kerja
Air pasang pagi
Surut pukul lima
Bangun pagi-pagi
Siram pokok bunga
Surut pukul lima
Bangun pagi-pagi
Siram pokok bunga
Pokok bunga melur
Tanam tepi batas
Itik dah bertelur
Ayam dah menetas
Tanam tepi batas
Itik dah bertelur
Ayam dah menetas
Lompat si katak lompat
Lompat dalam perigi
Cepat adik cepat
Pergi mandi cuci gigi
Lompat dalam perigi
Cepat adik cepat
Pergi mandi cuci gigi
Lompat si katak lompat
Lompat di tepi pagar
Sekolah lekas dapat
Dan mesti rajin belajar
Lompat di tepi pagar
Sekolah lekas dapat
Dan mesti rajin belajar
Lompat si katak lompat
Lompat di air tenang
Pergi sekolah cermat
Emak bapa hati senang
Lompat di air tenang
Pergi sekolah cermat
Emak bapa hati senang
Angin teluk menyisir pantai
Hanyut rumpai di bawah titi
Biarlah buruk kain dipakai
Asal pandai mengambil hati
Hanyut rumpai di bawah titi
Biarlah buruk kain dipakai
Asal pandai mengambil hati
Pergi mendaki Gunung Daik
Hendak menjerat kancil dan rusa
Bergotong-royong amalan yang baik
Elok diamalkan setiap masa
Hendak menjerat kancil dan rusa
Bergotong-royong amalan yang baik
Elok diamalkan setiap masa
Air melurut ke tepian mandi
Kembang berseri bunga senduduk
Elok diturut resmi padi
Semakin berisi semakin tunduk
Kembang berseri bunga senduduk
Elok diturut resmi padi
Semakin berisi semakin tunduk
Daun sirih ulam Cik Da
Makan sekapur lalu mati
Walaupun banyak ilmu di dada
Biar merunduk resmi padi
Makan sekapur lalu mati
Walaupun banyak ilmu di dada
Biar merunduk resmi padi
Buah pelaga makan dikikir
Dibawa orang dari hulu
Sebarang kerja hendak difikir
Supaya jangan mendapat malu
Dibawa orang dari hulu
Sebarang kerja hendak difikir
Supaya jangan mendapat malu
Kemumu di tengah pekan
Dihembus angin jatuh ke bawah
Ilmu yang tidak diamalkan
Bagai pohon tidak berbuah
Tumbuh melata si pokok tebu
Pergi pasar membeli daging
Banyak harta tak ada ilmu
Bagai rumah tidak berdinding
Dihembus angin jatuh ke bawah
Ilmu yang tidak diamalkan
Bagai pohon tidak berbuah
Tumbuh melata si pokok tebu
Pergi pasar membeli daging
Banyak harta tak ada ilmu
Bagai rumah tidak berdinding
Tulis surat di dalam gelap
Ayatnya banyak yang tidak kena
Jagalah diri jangan tersilap
Jikalau silap awak yang bencana
Ayatnya banyak yang tidak kena
Jagalah diri jangan tersilap
Jikalau silap awak yang bencana
Hendak belayar ke Teluk Betong
Sambil mencuba labuhkan pukat
Bulat air kerana pembetung
Bulat manusia kerana muafakat
Sambil mencuba labuhkan pukat
Bulat air kerana pembetung
Bulat manusia kerana muafakat
Pakai baju warna biru
Pergi ke sekolah pukul satu
Murid sentiasa hormatkan guru
Kerana guru pembekal ilmu
Pergi ke sekolah pukul satu
Murid sentiasa hormatkan guru
Kerana guru pembekal ilmu
Lagu bernama serampang laut
Ditiup angin dari Selatan
Layar dikembang kemudi dipaut
Kalau tak laju binasa badan
Ditiup angin dari Selatan
Layar dikembang kemudi dipaut
Kalau tak laju binasa badan
Padi segemal kepuk di hulu
Sirih di hilir merekap junjungan
Kepalang duduk menuntut ilmu
Pasir sebutir jadikan intan.
Sirih di hilir merekap junjungan
Kepalang duduk menuntut ilmu
Pasir sebutir jadikan intan.
Budak-budak berkejar-kejar
Rasa gembira bermain di sana
Kalau kita rajin belajar
Tentu kita akan berjaya
Rasa gembira bermain di sana
Kalau kita rajin belajar
Tentu kita akan berjaya
Jangan pergi mandi di lombong
Emak dan kakak sedang mencuci
Jangan suka bercakap bohong
Semua kawan akan membenci
Emak dan kakak sedang mencuci
Jangan suka bercakap bohong
Semua kawan akan membenci
Buah cempedak bentuknya bujur
Sangat disukai oleh semua
Jika kita bersikap jujur
Hidup kita dipandang mulia
Sangat disukai oleh semua
Jika kita bersikap jujur
Hidup kita dipandang mulia
Jikalau tuan mengangkat peti
Tolong masukkan segala barang
Jikalau anak-anak bersatu hati
Kerja yang susah menjadi senang
Tolong masukkan segala barang
Jikalau anak-anak bersatu hati
Kerja yang susah menjadi senang
Asam kandis mari dihiris
Manis sekali rasa isinya
Dilihat manis dipandang manis
Lebih manis hati budinya
Manis sekali rasa isinya
Dilihat manis dipandang manis
Lebih manis hati budinya
Kayu bakar dibuat arang
Arang dibakar memanaskan diri
Jangan mudah menyalahkan orang
Cermin muka lihat sendiri
Arang dibakar memanaskan diri
Jangan mudah menyalahkan orang
Cermin muka lihat sendiri
Selasih tumbuh di tepi telaga
Selasih dimakan si anak kuda
Kasih ibu membaa ke syurga
Kasih saudara masa berada
Selasih dimakan si anak kuda
Kasih ibu membaa ke syurga
Kasih saudara masa berada
Masuk hutan pakai sepatu
Takut kena gigitan pacat
Kalau kita selalu bersatu
Apa kerja mudah dibuat
Takut kena gigitan pacat
Kalau kita selalu bersatu
Apa kerja mudah dibuat
Bandar baru Seberang Perai
Gunung Daik bercabang tiga
Hancur badan tulang berkecai
Budi yang baik dikenang juga
Gunung Daik bercabang tiga
Hancur badan tulang berkecai
Budi yang baik dikenang juga
Encik Dollah pergi ka Jambi
Pergi pagi kembali petang
Kalau Tuhan hendak membagi
Pintu berkancing rezeki datang
Pergi pagi kembali petang
Kalau Tuhan hendak membagi
Pintu berkancing rezeki datang
Orang haji dari Jeddah
Buah kurma berlambak-lambak
Pekerjaan guru bukanlah mudah
Bagai kerja menolak ombak
Buah kurma berlambak-lambak
Pekerjaan guru bukanlah mudah
Bagai kerja menolak ombak
Pinang muda dibelah dua
Anak burung mati diranggah
Dari muda sampai ke tua
Ajaran baik jangan diubah
Anak burung mati diranggah
Dari muda sampai ke tua
Ajaran baik jangan diubah
Terang bulan di malam sepi
Cahya memancar kepangkal kelapa
Hidup di dunia buatlah bakti
Kepada ibu dan juga bapa
Cahya memancar kepangkal kelapa
Hidup di dunia buatlah bakti
Kepada ibu dan juga bapa
Kapal kecil jangan dibelok
Kalau dibelok patah tiangnya
Budak kecil jangan di peluk
Kalau dipeluk patah tulangnya
Kalau dibelok patah tiangnya
Budak kecil jangan di peluk
Kalau dipeluk patah tulangnya
Asal kapas menjadi benang
Dari benang dibuat kain
Barang yang lepas jangan dikenang
Sudah menjadi hak orang lain
Dari benang dibuat kain
Barang yang lepas jangan dikenang
Sudah menjadi hak orang lain
Tengahari pergi mengail
Dapat seekor ikan tenggiri
Jangan amalkan sikap bakhil
Akan merosak diri sendiri
Dapat seekor ikan tenggiri
Jangan amalkan sikap bakhil
Akan merosak diri sendiri
Kapal Anjiman disangka hantu
Nampak dari Kuala Acheh
Rosak iman kerana nafsu
Rosak hati kerana kasih
Nampak dari Kuala Acheh
Rosak iman kerana nafsu
Rosak hati kerana kasih
Tingkap papan kayu bersegi
Sampan sakat di Pulau Angsa
Indah tampan kerana budi
Tinggi darjat kerana bahasa
Sampan sakat di Pulau Angsa
Indah tampan kerana budi
Tinggi darjat kerana bahasa
Anak Siti anak yang manja
Suka berjalan di atas titi
Orang yang malas hendak bekerja
Pasti menyesal satu hari nanti
Suka berjalan di atas titi
Orang yang malas hendak bekerja
Pasti menyesal satu hari nanti
Bintang tujuh sinar berseri
Bulan purnama datang menerpa
Ajaran guru hendak ditaati
Mana yang dapat jangan dilupa
Bulan purnama datang menerpa
Ajaran guru hendak ditaati
Mana yang dapat jangan dilupa
Parang tajam tidak berhulu
Buat menetak si pokok Ru
Bila belajar tekun selalu
Jangan ingkar nasihat guru
Buat menetak si pokok Ru
Bila belajar tekun selalu
Jangan ingkar nasihat guru
Hari malam gelap-gelita
Pasang lilin jalan ke taman
Sopan santun budaya kita
Jadi kebanggaan zaman berzaman
Pasang lilin jalan ke taman
Sopan santun budaya kita
Jadi kebanggaan zaman berzaman
Pergi berburu sampai ke sempadan
Dapat Kancil badan berjalur
Biar carik baju di badan
Asalkan hati bersih dan jujur
Dapat Kancil badan berjalur
Biar carik baju di badan
Asalkan hati bersih dan jujur
Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
Hancur badan dikandung tanah
Budi yang baik di kenang juga
Gunung Daik bercabang tiga
Hancur badan dikandung tanah
Budi yang baik di kenang juga
Ramai orang membeli jamu
Di bawah pokok cuaca redup
Bersungguh-sungguh mencari ilmu
Ilmu dicari penyuluh hidup
Di bawah pokok cuaca redup
Bersungguh-sungguh mencari ilmu
Ilmu dicari penyuluh hidup
Apa guna berkain batik
Kalau tidak dengan sucinya?
Apa guna beristeri cantik
Kalau tidak dengan budinya
Kalau tidak dengan sucinya?
Apa guna beristeri cantik
Kalau tidak dengan budinya
Berakit-rakit ke hulu
Berenang-renang ke tepian
Bersakit-sakit dahulu
Bersenang-senang kemudian
Berenang-renang ke tepian
Bersakit-sakit dahulu
Bersenang-senang kemudian
Buah cempedak diluar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Saya budak baru belajar
Kalau salah tolong tunjukkan
Ambil galah tolong jolokkan
Saya budak baru belajar
Kalau salah tolong tunjukkan
Pisang emas dibawa belayar
Masak sebiji di atas peti
Hutang emas boleh dibayar
Hutang budi dibawa mati
Masak sebiji di atas peti
Hutang emas boleh dibayar
Hutang budi dibawa mati
Dalam semak ada duri
Ayam kuning buat sarang
Orang tamak selalu rugi
Macam anjing dengan bayang
Ayam kuning buat sarang
Orang tamak selalu rugi
Macam anjing dengan bayang
Baik-baik mengirai padi
Takut mercik ke muka orang
Biar pandai menjaga diri
Takut nanti diejek orang
Takut mercik ke muka orang
Biar pandai menjaga diri
Takut nanti diejek orang
Ke hulu membuat pagar
Jangan terpotong batang durian
Cari guru tempat belajar
Supaya jangan sesal kemudian
Jangan terpotong batang durian
Cari guru tempat belajar
Supaya jangan sesal kemudian
Mari kita tanam halia
Ambil sedikit buat juadah
Usia muda jangan disia
Nanti tua sesal tak sudah
Ambil sedikit buat juadah
Usia muda jangan disia
Nanti tua sesal tak sudah
Padi muda jangan dilurut
Kalau dilurut pecah batang
Hati muda jangan diturut
Kalau diturut salah datang
Kalau dilurut pecah batang
Hati muda jangan diturut
Kalau diturut salah datang
Cuaca gelap semakin redup
Masakan boleh kembali terang
Budi bahasa amalan hidup
Barulah kekal dihormati orang
Masakan boleh kembali terang
Budi bahasa amalan hidup
Barulah kekal dihormati orang
Orang Daik memacu kuda
Kuda dipacu deras sekali
Buat baik berpada-pada
Buat jahat jangan sekali
Kuda dipacu deras sekali
Buat baik berpada-pada
Buat jahat jangan sekali
Dayung perahu tuju haluan
Membawa rokok bersama rempah
Kalau ilmu tidak diamalkan
Ibarat pokok tidak berbuah
Membawa rokok bersama rempah
Kalau ilmu tidak diamalkan
Ibarat pokok tidak berbuah
Kalau kita menebang jati
Biar serpih tumbangnya jangan
Kalau kita mencari ganti
Biar lebih kurang jangan
Biar serpih tumbangnya jangan
Kalau kita mencari ganti
Biar lebih kurang jangan
Pinang muda dibelah dua
Anak burung mati diranggah
Dari muda sampai ke tua
Ajaran baik jangan diubah
Anak burung mati diranggah
Dari muda sampai ke tua
Ajaran baik jangan diubah
Pantai Mersing kuala Johor
Pantainya bersih sangat mashyur
Pohonkan doa kita bersyukur
Negara kita aman dan makmur
Pantainya bersih sangat mashyur
Pohonkan doa kita bersyukur
Negara kita aman dan makmur
Orang tua patut disegani
Boleh mendapat ajarnasihat
Ular yang bisa tidak begini
Bisa lagi lidah yang jahat
Boleh mendapat ajarnasihat
Ular yang bisa tidak begini
Bisa lagi lidah yang jahat
Ramai orang menggali perigi
Ambil buluh lalu diikat
Ilmu dicari tak akan rugi
Buat bekalan dunia akhirat
Ambil buluh lalu diikat
Ilmu dicari tak akan rugi
Buat bekalan dunia akhirat
Tuan Haji memakai jubah
Singgah sembahyang di tepi lorong
Kalau sudah kehendak Allah
Rezeki segenggam jadi sekarung
Singgah sembahyang di tepi lorong
Kalau sudah kehendak Allah
Rezeki segenggam jadi sekarung
Patah gading serpih tanduk
Mari diletak di atas papan
Jika tahu ganja itu mabuk
Buat apakah ia dimakan
Mari diletak di atas papan
Jika tahu ganja itu mabuk
Buat apakah ia dimakan
Anak rusa masuk ke taman
Puas sudah orang memburu
Kalau muda jadikan teman
Kalau tua jadikan guru
Puas sudah orang memburu
Kalau muda jadikan teman
Kalau tua jadikan guru
Berakit ke hulu dengan bergalah
Buluh pecah terbelahdua
Orang tua jangan dilangkah
Kelak biadap dituduhnya pula
Buluh pecah terbelahdua
Orang tua jangan dilangkah
Kelak biadap dituduhnya pula
Rusa betina berbelang kaki
Mati terkena jerat sembat
Orang yang muda kita sanjungi
Orang yang tua kita hormat
Mati terkena jerat sembat
Orang yang muda kita sanjungi
Orang yang tua kita hormat
Sorong papan tarik papan
Buah keranji dalam perahu
Suruh makan awak makan
Suruh mengaji awak tak mahu
Buah keranji dalam perahu
Suruh makan awak makan
Suruh mengaji awak tak mahu
- Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman.
- Dunia ini umpama lautan yang luas. Kita adalah kapal yang belayar di lautan telah ramai kapal karam di dalamnya.. andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.
- Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.
- Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang.
- Hati yang terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali kepada bentuk asalnya.
- Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.
- Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah.
- Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan. Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak.
- Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan.
- Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu. Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera.
- Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. Dan hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya.
- Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat.
- Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.
Tuesday, November 23, 2010
Tajuk : BALDI BERGERAK
Pada suatu tengah hari, Sajidah keluar ke halaman rumahnya. Dia mahu berehat di atas buaian yang terletak di bawah sebatang pokok. Sajidah berehat sambil membaca buku cerita.
Di tepi buaian itu terdapat sebuah baldi. Baldi itu terungkup di atas tanah. Baldi itu selalu digunakan oleh ibunya untuk menyiram pokok bunga Tiba-tiba Sajidah sangat terkejut. Baldi di tepi buaian itu bergerak-gerak. Baldi itu bergerak ke hadapan dan ke belakang. Kemudian, baldi itu terus bergerak lagi ke hadapan. Kemudian, baldi itu terus bergerak pula menuju ke arah Sajidah.
Apalagi! Sajidah terus melompat turun dari buaian. Dia menjerit-jerit ketakutan sambil berlari masuk ke dalam rumah. "Tolong! Tolong!" Sajidah menjerit. Bapa dan ibunya menerpa keluar. "Kenapa?" bapanya bertanya.
Pada suatu tengah hari, Sajidah keluar ke halaman rumahnya. Dia mahu berehat di atas buaian yang terletak di bawah sebatang pokok. Sajidah berehat sambil membaca buku cerita.
Di tepi buaian itu terdapat sebuah baldi. Baldi itu terungkup di atas tanah. Baldi itu selalu digunakan oleh ibunya untuk menyiram pokok bunga Tiba-tiba Sajidah sangat terkejut. Baldi di tepi buaian itu bergerak-gerak. Baldi itu bergerak ke hadapan dan ke belakang. Kemudian, baldi itu terus bergerak lagi ke hadapan. Kemudian, baldi itu terus bergerak pula menuju ke arah Sajidah.
Apalagi! Sajidah terus melompat turun dari buaian. Dia menjerit-jerit ketakutan sambil berlari masuk ke dalam rumah. "Tolong! Tolong!" Sajidah menjerit. Bapa dan ibunya menerpa keluar. "Kenapa?" bapanya bertanya.
"Baldi bergerak!" Sajidah memberitahu bapa dan ibunya. Dia masih ketakutan.
"Baldi bergerak?" bapanya berasa sangat hairan. Ibunya juga turut berasa hairan.
"Baldi bergerak?" bapanya berasa sangat hairan. Ibunya juga turut berasa hairan.
Bapa dan ibu Sajidah terus pergi ke tempat buaian itu. Mereka melihat baldi itu memang sedang bergerak ke sana sini.
"Sungguh pelik! Bagaimana baldi ini boleh bergerak?" tanya ibu Sajidah. Dia juga turut berasa takut.
"Sungguh pelik! Bagaimana baldi ini boleh bergerak?" tanya ibu Sajidah. Dia juga turut berasa takut.
Bapa Sajidah terus mengangkat baldi itu. Rupa-rupanya di bawah baldi itu terdapat seekor anak kucing. Bapa Sajidah ketawa berdekah-dekah. Sajidah dan ibunya turut tertawa.
Peristiwa itu sangat menggelikan hati mereka.
Peristiwa itu sangat menggelikan hati mereka.
Tarian Sumazau adalah satu jenis tarian tradisional dari suku kaum Dusun-Kadazan di negeri Sabah, terutama bagi suku kaum Dusun di Membakut, Penampang, dan Papar.
'Sumazau' adalah berasal daripada kata akar 'Sazau' yang bermaksud lompatan dalam dialek suku kaum itu. Menurut kepercayaan tradisi, tarian Sumazau dilakukan sempena upacara tertentu seperti memuja roh, kuasa ghaib dan semangat, upacara menolak bala, upacara perubatan, dan berbagai-bagai upacara lain yang diamalkan oleh masyarakat suku kaum ini.
Tarian Sumazau pada mulanya adalah berdasarkan pergerakan unggas yang berjalan di atas tanah, iaitu dengan membuat lompatan kecil, tetapi telah diubah dari semasa ke semasa hingga ke hari ini.
Tarian ini akan diiringi oleh muzik tradisi yang memainkan muzik dengan alunan dan maksud yang tertentu. Antara alat muzik yang digunakan adalah seperti gendang, gong, tetawak, caklempung, sompotan, dan berbagai-bagai lagi. Penari-penari tarian Sumazau ini yang terdiri daripada lelaki dan wanita akan memakai sejenis pakaian khas yang diperbuat daripada kain baldu dan tenunan benang.
Pakaian bagi penari wanita yang masih gadis adalah blous berlengan pendek. Manakala wanita yang sudah berkahwin akan memakai blous yang berlengan panjang. Blous ini akan disesuaikan dengan kain sarung baldu seperti skirt labuh yang dibelah di bahagian depan dari paras lutut ke bawah untuk memudahkan penari mengatur langkah.
Selain daripada pakaian itu, penari juga akan memakai beberapa barang perhiasan seperti selendang, gelang, kalung, terendak atau sunduk, dan lain-lain lagi.
Bagi penari lelaki pula, pakaian yang digunakan adalah baju lengan panjang dan seluar panjang yang dperbuat daripada kain baldu. Pakaian ini akan dihiasi dengan beberapa butir butang perak dan jalur tekat benang emas. Penari lelaki juga akan memakai tanjak atau tengkolok di kepala sebagai perhiasan.
'Sumazau' adalah berasal daripada kata akar 'Sazau' yang bermaksud lompatan dalam dialek suku kaum itu. Menurut kepercayaan tradisi, tarian Sumazau dilakukan sempena upacara tertentu seperti memuja roh, kuasa ghaib dan semangat, upacara menolak bala, upacara perubatan, dan berbagai-bagai upacara lain yang diamalkan oleh masyarakat suku kaum ini.
Tarian Sumazau pada mulanya adalah berdasarkan pergerakan unggas yang berjalan di atas tanah, iaitu dengan membuat lompatan kecil, tetapi telah diubah dari semasa ke semasa hingga ke hari ini.
Tarian ini akan diiringi oleh muzik tradisi yang memainkan muzik dengan alunan dan maksud yang tertentu. Antara alat muzik yang digunakan adalah seperti gendang, gong, tetawak, caklempung, sompotan, dan berbagai-bagai lagi. Penari-penari tarian Sumazau ini yang terdiri daripada lelaki dan wanita akan memakai sejenis pakaian khas yang diperbuat daripada kain baldu dan tenunan benang.
Pakaian bagi penari wanita yang masih gadis adalah blous berlengan pendek. Manakala wanita yang sudah berkahwin akan memakai blous yang berlengan panjang. Blous ini akan disesuaikan dengan kain sarung baldu seperti skirt labuh yang dibelah di bahagian depan dari paras lutut ke bawah untuk memudahkan penari mengatur langkah.
Selain daripada pakaian itu, penari juga akan memakai beberapa barang perhiasan seperti selendang, gelang, kalung, terendak atau sunduk, dan lain-lain lagi.
Bagi penari lelaki pula, pakaian yang digunakan adalah baju lengan panjang dan seluar panjang yang dperbuat daripada kain baldu. Pakaian ini akan dihiasi dengan beberapa butir butang perak dan jalur tekat benang emas. Penari lelaki juga akan memakai tanjak atau tengkolok di kepala sebagai perhiasan.
Hari Raya Aidiladha atau juga disebut Hari Raya Korban dan Hari Raya Haji merupakan perayaan agama yang disambut oleh seluruh umat Islam di dunia. Hari raya ini menandakan berakhirnya tempoh mengerjakan ibadat haji di Mekah, iaitu sehari selepas jemaah haji mengerjakan wukuf di Arafah. Orang-orang Islam menyambut Aidiladha pada tanggal 10 Zulhijjah pada setiap tahun. Malah, bulan ini merupakan bulan terakhir dalam kalendar Hijrah Islam. Perkataan 'Aidiladha' berasal daripada bahasa Arab yang membawa maksud 'hari penyembelihan korban'. Ini sempena memperingati kisah Nabi Ibrahim A.S yang diperintahkan oleh Allah S.W.T agar menyembelih anaknya, iaitu Nabi Ismail A.S. Walaupun dengan hati yang amat berat, Nabi Ibrahim terus taat dengan suruhan Allah untuk menyembelih anaknya. Walau bagaimanapun, Allah telah menggantikan Nabi Ismail dengan seekor kibas. Sehubungan dengan itu, sebagai mengingati perintah Allah kepada Nabi Ismail ini, masyarakat Islam yang berkemampuan digalakkan menyembelih binatang seperti kambing atau lembu sebagai korban pada hari raya ini. Daging sembelihan ini akan dibahagikan, terutamanya kepada fakir miskin. Sambutan Hari Raya Aidiladha di Malaysia, biasanya dimulakan dengan bacaan takbir dan tahmid secara berjemaah di masjid. Selepas itu, disusuli pula dengan sembahyang sunat Aidiladha pada waktu pagi. Kemudian bacaan khutbah akan diperdengarkan yang berkisarkan tentang pengorbanan dan perjuangan Nabi Ibrahim. Selepas habis mendengar khutbah, umat Islam akan mengambil kesempatan berkunjung ke rumah saudara mara dan sahabat handai untuk mengeratkan silaturahim sambil menjamu selera dengan juadah istimewa. Acara penyembelihan korban pula akan diadakan selepas itu dan tiga hari berikutnya, iaitu pada 11, 12, dan 13 hari Tasyrik. Seluruh masyarakat akan bersama-sama membuat kerja-kerja penyembelihan tersebut. Sambutan Hari Raya Aidiladha di Malaysia, biasanya disambut meriah oleh masyarakat di pantai timur, berbanding dengan masyarakat Islam di sebelah pantai barat yang menyambutnya dengan cara yang agak sederhana. |
Tajuk : PELANGI
Pelangi merupakan fenomena optik dan meteorologi yang menghasilkan spektrum cahaya (hampir) selanjar di langit apabila matahari bersinar semasa hujan turun. Ia merupakan satu lengkung yang berwarna-warni dengan warna merah di lengkung paling luar dan ungu di lengkung paling dalam. Mengikut urutan, warnanya ialah merah, jingga, kuning, hijau, biru, indigo dan ungu.
Pelangi dihasilkan apabila cahaya terbias melalui titik air di udara. Sebab itulah pelangi selalu dapat dilihat selepas hujan. Ia berbentuk melengkung (bulat) kerana titisan air di udara berbentuk bulat/sfera. Namun biasanya bahagian bawah pelangi itu "terlindung" oleh bumi. Fenomena pelangi ini juga boleh dilihat dengan membelakangi matahari dan menyembur air pada hari yang cerah.
Pelangi merupakan fenomena optik dan meteorologi yang menghasilkan spektrum cahaya (hampir) selanjar di langit apabila matahari bersinar semasa hujan turun. Ia merupakan satu lengkung yang berwarna-warni dengan warna merah di lengkung paling luar dan ungu di lengkung paling dalam. Mengikut urutan, warnanya ialah merah, jingga, kuning, hijau, biru, indigo dan ungu.
Pelangi dihasilkan apabila cahaya terbias melalui titik air di udara. Sebab itulah pelangi selalu dapat dilihat selepas hujan. Ia berbentuk melengkung (bulat) kerana titisan air di udara berbentuk bulat/sfera. Namun biasanya bahagian bawah pelangi itu "terlindung" oleh bumi. Fenomena pelangi ini juga boleh dilihat dengan membelakangi matahari dan menyembur air pada hari yang cerah.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Subscribe to:
Posts (Atom)